Rundingan kerusi BN dan PH di Kelantan masih berjalan

Rundingan kerusi BN dan PH di Kelantan masih berjalan

AKHBAR Salim (tiga kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Peringkat Parlimen Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rundingan berkait agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) masih rancak berjalan antara kedua-dua parti itu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Akhbar Salim berkata, pihaknya sudah menyerahkan segala butiran berkait dengan rundingan agihan kerusi itu kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan dengan PH.

“Peringkat negeri kita tunggu keputusan nanti. Mengenai senarai nama calon, setakat ini kita masih belum putuskan lagi. Semua itu masih lagi dalam proses.

“Bagaimanapun, kita sedang meneliti senarai calon yang terbaik untuk dipertaruhkan pada PRN nanti termasuklah dari PH. Kita mahu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui calon-calon yang dipertaruhkan nanti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani Peringkat Parlimen Rantau Panjang di sini hari ini.

Akhbar memberitahu, BN dan PH kekal fokus untuk menjadi pembangkang yang kuat di negeri ini selepas PRN nanti.

Katanya, hal ini kerana peluang untuk merampas negeri ini daripada Pas agak sukar dan memerlukan tempoh masa untuk kembali memikat hati rakyat Kelantan.

“Kita (BN dan PH) mahu jadi pembangkang yang kuat bagi memainkan peranan semak dan imbang corak kepada corak pentadbiran negeri selepas PRN nanti.

“Oleh itu, saya harap BN dan PH berharap rakyat dapat memberikan ruang kepada gabungan itu untuk membawa nafas baharu kepada pentadbiran negeri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya