Replika al-Quran 'gergasi' jana ekonomi penduduk

Replika al-Quran ‘gergasi’ jana ekonomi penduduk

THOLIB Mustopa (kiri) bersama Mat Rokey Wan Kechik menunjukkan replika al-Quran di Kampung Pok Punggoh, Yala, Thailand semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (Thailand): Pembinaan replika al-Quran gergasi memberi rezeki ‘terpijak’ kepada penduduk di Kampung Pok Punggoh, di sini apabila berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari sekaligus merancakan kegiatan ekonomi penduduk menerusi aktiviti urus niaga.

Penghulunya Tholib Mustopa,59, berkata, sejak replika al-Quran itu tular menerusi televisyen dan aplikasi TikTok kawasan tersebut tidak putus-putus menerima kunjungan daripada orang ramai.

Menurutnya, situasi itu memberi ruang buat penduduk membuka gerai jualan makanan dan minuman kepada para pengunjung yang hadir melihat replika tersebut.

“Menariknya, selain penduduk sekitar, kami turut menerima kunjungan daripada pelancong Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Arab Saudi.

“Kebanyakan mereka yang hadir ke sini untuk melihat binaan dan kehalusan al-Quran tulisan tangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Tholib memberitahu, idea menghasilkan replika al-Quran itu  dicetuskan oleh Imam, Mat Rokey Wan Kechik, 57, bagi menggantikan binaan pintu gerbang setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, setiap kali sambutan Aidilfitri penduduk akan membina pintu gerbang sebagai salah satu simbol kemelayuan dan pada tahun ini mereka mencari kelainan dengan menghasilkan replika al-Quran gergasi.

“Kita memilih surah Al-Isra’ mengambil sempena kisah Israk dan Mikraj, pada masa sama kita turut membina replika Gua Hira dan Bukit Uhud. Kerja-kerja pembinaan ini mengambil masa selama 22 hari untuk siap sepenuhnya.

“Ia dilakukan secara bergotong-royong selepas solat sunat terawih. Pembinaan ini menggunakan belanja sebanyak RM750 hasil sumbangan orang ramai melibatkan ketinggian 3.6 meter dan lebar 5.2 meter,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN