Ratusan biji durian gugur akibat ribut, pekebun berputih mata

Ratusan biji durian gugur akibat ribut, pekebun berputih mata

MOHD. Syukor Mahabah menunjukkan sebahagian buah durian yang gugur semasa ribut di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang pekebun durian terpaksa berputih mata menyaksikan beratus biji durian yang menunggu masa untuk gugur, musnah dipukul ribut di Kampung Melayu Raya, Segamat, di sini, kelmarin.

Pekebun tersebut, Mohd. Syukor Mahabah, 59, berkata, kira-kira 12 pokok berhampiran rumahnya keguguran buah akibat dilanda angin kencang dan ribut.

Menurutnya, hujan lebat bermula kira-kira pukul 4.00 petang sebelum dia ternampak kepala angin hitam datang dari arah pokok durian di belakang rumah setengah jam kemudian.

“Kepala angin yang hitam pekat itu datang dengan amat laju sebelum merempuh pokok durian dan dahan rambutan.

“Dalam sekelip mata sahaja ia mengangkat lima bumbung kediaman dan empat bumbung premis kedai dan bumbung surau sekitar kampung,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Melayu Raya, di sini semalam.

Turut musnah, tambah Mohd. Syukor, beberapa pokok rambutan dan beberapa bumbung kediaman penduduk yang diterbangkan ribut.

Mohd Syukor memberitahu, buah durian berkenaan belum lagi masak dan menunggu masa untuk gugur beberapa minggu lagi, sekali gus menyebabkan ia tidak boleh dimakan kerana masih kelat.

Katanya, ribuan putik muda buah rambutan yang gugur juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM8,000.

“Sepatutnya buah rambutan tersebut mampu memberikan pendapatan tambahan hasil dari penjualan nanti, namun saya redha dengan kehendak Ilahi.

Seorang lagi penduduk, Rahmat Samit, 58, berkata, dia turut mengalami kerugian apabila bumbung rumahnya rosak akibat kejadian ribut itu.

“Ketika kejadian saya berada di rumah dan setelah semuanya reda, saya keluar melihat bumbung rumah yang tercabut,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya