Gerakan desak Hannah Yeoh mohon maaf

Prestasi buruk Sukan SEA: Gerakan desak Hannah Yeoh mohon maaf

DOMINIC LAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memohon maaf kerana menyalahkan ketidakstabilan politik negara punca kegagalan di Sukan SEA.

Beliau berkata, Hannah tidak boleh menyalahkan situasi politik negara kerana tidak mampu mencapai pingat emas yang dijangkakan, malah ini merupakan alasan yang tidak munasabah.

Sekarang, Hannah sudah menjadi Menteri, bukan pembangkang lagi, jadi harus bertanggungjawab dan mengaku kesalahan seterusnya memohon maaf dan mencari jalan memperkuatkan kontinjen negara selepas ini.

 “Pada tahun 2019, negara mendapat 47 pingat emas, tahun 2021 pula negara mendapat 39 pingat emas dan kali ini hanya 34 pingat emas.

 “Semasa Covid-19 pun kita mampu mendapat emas yang lebih tinggi, sekarang, kerajaan pun sudah ditubuhkan, tetapi tidak mampu mendapat pingat emas yang dijangkakan.

 “Saya bukan meminta Hannah untuk meletak jawatan, tetapi hanya memohon maaf secara terbuka dan mengambil tanggungjawab tersebut bukan asyik menyalahkan kerajaan dulu .

 “Ini memang sudah menjadi ciri-ciri DAP, ambil prestasi tidak mampu dicapai mereka akan memberi alasan dan menyalahkan kerajaan dahulu.

 Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa pusat parti itu di Ibu Pejabat Parti Gerakan, di sini, hari ini.

 Semalam, Hannah Yeoh berkata, kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja turut berkait dengan ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu yang menyaksikan perancangan dan persiapan atlet terjejas.

 Sukan antara sektor yang terkesan kerana apa yang dirancang termasuk program pembangunan dan pelaksanaan strategi tidak dapat dilaksanakan.

Katanya, beliau perlu bercakap mengenai perkara ini berikutan ketidakstabilan politik dalam lima tahun terakhir termasuk dalam sektor ekonomi menyebabkan kita melihat perkara ini (kegagalan Sukan SEA) sekarang dan sukan antara sektor yang terkesan.

 Dominic turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan SEA dan yang berjaya membawa pulang pingat kepada negara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN