Polis siasat kejadian pelatih dipukul dalam kem tentera di PD - Utusan Malaysia

Polis siasat kejadian pelatih dipukul dalam kem tentera di PD

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis kini menyiasat laporan kejadian pukul melibatkan pelatih tentera darat yang berlaku di sebuah kem tentera di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah diterima pada 22 April yang lalu lebih kurang pukul 8.23 malam.

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 17 April 2023 lebih kurang pukul 10 pagi di sebuah kem latihan tentera di Port Dickson. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

“Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham dalam pada itu memberitahu, turut terkesan hari ini satu hantaran yang dimuat naik seorang pengguna akaun Facebook Maya Rose yang memaparkan beberapa tangkap layar berkenaan dakwaan kejadian berkaitan.

“Pihak Polis menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan kes tersebut yang mana boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kekeliruan atau spekulasi negatif. 

“Perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya