Polis giat kesan pemandu kereta lawan arus di SPDH - Utusan Malaysia

Polis giat kesan pemandu kereta lawan arus di SPDH

TANGKAP layar video tular kejadian sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 17 sehingga 19 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis kini giat mengesan pemandu sebuah kereta yang didapati memandu secara melawan arus di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman video kejadian tersebut yang berdurasi 32 saat turut tular di media sosial semalam.

Jelas beliau, menerusi video tersebut telah menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Wira telah dipandu secara melawan arus di Kilometer 17 sehingga 19 di lebuh raya tersebut.

“Berdasarkan rakaman video yang direkodkan itu, kereta berkenaan telah menyonsang arus dari arah Telok Kemang menghala ke Seremban. Pemilik kereta ini merupakan seorang lelaki berumur lingkungan 30-an namun masih belum dapat disahkan siapakah yang memandu pada ketika itu.

“Usaha mengesan pemandu giat dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang sebenar kereta tersebut melawan arus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, pihaknya menasihatkan orang awam agar tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri dan pengguna lain.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN