PENGAGIHAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan saingan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan tidaklah begitu merumitkan. Faktor utama ia dijangka dapat diselesaikan lebih mudah sudah tentu kerana keseluruhan 36 buah kerusi DUN di negeri ini dimenangi oleh kedua-dua parti berkenaan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018. Jika status quo yang menjadi formula…