Pesara polis maut kereta dirempuh trak pikup

Pesara polis maut kereta dirempuh trak pikup

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pesara polis maut apabila kereta yang dipandunya diseret kira-kira 30 meter selepas dirempuh sebuah trak pikap semasa pusingan U di Jalan Kota Bharu-Terengganu dekat Melor di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pikul 10 pagi itu, mangsa, Che Mohd. Noor Awang, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Perodua Viva sedang dalam perjalanan dari arah Melor ke Kubang Kerian.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai membuat pusingan U.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandu seorang remaja berusia 18 tahun tidak sempat mengelak kereta mangsa sebelum merempuh kereta terbabit.

“Kejadian itu menyebabkan kereta mangsa diseret sejauh 30 meter. Warga emas itu yang tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam keretanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemandu trak pikap itu bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati nahas berpunca daripada kecuaian mangsa yang membuat pusingan U tanpa memberi keutamaan kepada trak pikap yang bergerak terus.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya