Peruntukan RM3 juta dalamkan Pelabuhan LKIM Chendering

Peruntukan RM3 juta dalamkan Pelabuhan LKIM Chendering

NELAYAN menghadapi kesukaran mendaratkan ikan di Pelabuhan LKIM Chendering, Kuala Terengganu yang cetek. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM3 juta bagi melaksanakan projek mendalamkan Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Chendering, tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, peruntukan tersebut diluluskan kerajaan negeri pada Belanjawan Terengganu 2023 lalu.

Menurutnya, pada masa ini, proses teknikal sedang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum kerja-kerja mendalamkan pelabuhan itu bermula.

“Oleh itu, satu tindakan perlu dilakukan untuk membantu golongan tersebut agar lebih banyak bot boleh masuk mendaratkan ikan ke pelabuhan itu dalam masa akan datang.

“Kerja-kerja mengorek alur laluan pelayaran akan dilaksanakan dan pada masa sama kita berharap Kerajaan Pusat dapat mempercepat projek menaik taraf pemecah ombak dan infrastruktur di pelabuhan seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan keluhan golongan nelayan yang kecewa kerana tidak dapat mendaratkan ikan di pelabuhan tersebut kerana muka kuala yang semakin cetek dan sempit.

Menurut nelayan, sebanyak 150 bot dapat menggunakan kemudahan di pelabuhan itu sebelum ini namun semakin berkurangan kepada hanya 30 bot berikutan masalah mendapan pasir gagal diselesaikan.

Dr. Azman berkata, masalah di pelabuhan itu antara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri sejak Mei 2018 lalu kerana ia menjejaskan aktiviti nelayan dan mengurangkan jumlah pendaratan ikan di Terengganu.

“Pada 2021, kerajaan negeri bersama LKIM Terengganu mengemukakan kertas cadangan naik taraf dan pembangunan semula Pelabuhan LKIM Chendering kepada menteri bertanggungjawab ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. Ronald Kiande.

“Menyedari isu ini berlarutan, pada tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3 juta dan baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan peruntukan RM192 juta telah diluluskan,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya