Pertahan kerajaan perpaduan, harap tak berulang seperti Piagam MN - Ahmad - Utusan Malaysia

Pertahan kerajaan perpaduan, harap tak berulang seperti Piagam MN – Ahmad

AHMAD MASLAN (tengah) memotong kek sambutan Hari Guru yang turut diadakan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kegagalan Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara UMNO dan Pas pada 14 September 2019  diharap tidak berulang kepada 19 parti  yang kini membentuk  kerajaan perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama pada Sabtu lalu sewajarnya difahami oleh semua parti yang terlibat.

“Sabtu lalu, di lokasi yang sama, tarikh yang sama juga telah berlangsungnya konvensyen yang dihadiri parti-parti  yang menggambarkan kepelbagaian bangsa termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Berbanding pada tahun 2019 lalu,  hanya  dihadiri oleh masyarakat Melayu dan Islam diatas pentas penyatuan ummah, namun tidak berjaya mencapai matlamat yang diharapkan,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari  Raya Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, di sini malam tadi

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian, Hasrunizah Hassan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Badrul Amirul Amin Bohari dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Siti Zaharah Jumat.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  telah merasmikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali sejak penubuhan kerajaan perpaduan enam bulan lalu.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kejayaan  konvensyen tersebut telah menggambarkan dinamika politik baharu yang boleh diterima oleh masyarakat pelbagai kaum.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan yang menyambut baik cadangan Konvensyen  Nasional Kerajaan Perpaduan turut diadakan di peringkat negeri berharap penganjurannya bermula di enam buah negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Katanya, dengan adanya konvensyen tersebut banyak perkara dapat dibincangkan  dan diperhalusi bagi mencari titik persamaan bukan sahaja soal agihan kerusi, malah gerak kerja bagi menghadapi PRN tersebut.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Kedah dan Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya