Pemilihan semula UMNO JB di Hotel Berjaya Waterfront, 27 Mei - Utusan Malaysia

Pemilihan semula UMNO JB di Hotel Berjaya Waterfront, 27 Mei

MOHAMED KHALED NORDIN (duduk, dua dari kiri) bergambar dengan pengunjung pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama DUN Johor Lama dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pemilihan semula UMNO Bahagian Johor Bahru akan diadakan di Hotel Berjaya Waterfront pada 27 Mei ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tarikh itu tidak akan ditunda selepas pemilihan UMNO bahagian berkenaan ditangguh dan digantung pada 18  Mac lalu.

“Saya percaya semua menantikan (pemilihan) ini terutamanya ahli dan perwakilan UMNO kerana bagi saya sewajarnya kepimpinan UMNO Bahagian Johor Bahru ini dapat diputuskan segera,” katanya diminta mengulas sama ada Badan Perhubungan UMNO negeri telah menetapkan lokasi bagi proses pemilihan semula tersebut.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Felda Lok Heng Barat, dekat sini hari ini.

Pada 18 Mac lalu, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.

Diminta mengulas tentang Proklamasi Melayu yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan perkara itu adalah agenda politik bagi mendapatkan undi orang Melayu.

“Saya percaya itu semua hanya politik hendak kaburi lebih-lebih lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hendak diadakan.

“Jadi, macam-macam cara hendak cuba dapatkan undi orang Melayu dan ini adalah satu lagi cara nak kaburi dan nak pengaruhi pemikiran orang Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya