Pemandu lori lagak samseng positif dadah

Pemandu lori lagak samseng positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penahanan polis terhadap pemandu lori yang selepas memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang, di sini, semalam, didapati positif dadah.

Penahanan itu dilakukan selepas tular video yang dimuat naik pemilik Facebook Gurrsimrath Singh, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, rakaman video tersebut memaparkan sebuah lori memandu secara melulu seperti mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di tengah jalan.

Katanya, kejadian ini melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Lori jenis Scania.

“Kedua-kedua pemandu kenderaan yang terlibat berjaya dikesan dan mendapati kejadian berlaku, kelmarin.

“Suspek akhirnya ditahan pihak polis kira-kira pukul 5 petang semalam dan mendapati positif dadah jenis methamphetamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1953.

“Suspek turut ditahan reman selama lima hari bermula semalam sehingga Selasa ini,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya