Pekerja kilang tak mengaku simpan 128 gambar lucah 

Pekerja kilang tak mengaku simpan 128 gambar lucah 

SAIFUL Anuar Ab.Rani (tengah) dibawa oleh anggota polis selepas membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang operator kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit miliknya pada April 2021.

Tertuduh, Saiful Anuar Ab. Rani, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A20 di Bandar Puteri Jaya, di sini pada 1 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd. Zameri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 sementara menantikan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tertuduh menjelaskan ikat jamin yang dikenakan terhadapnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN