Peguam nafi Puteri Sarah pernah diceraikan dua kali

Peguam nafi Puteri Sarah pernah diceraikan dua kali

PUTERI SARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewa­kili pelakon, Puteri Sarah menafikan laporan yang mendakwa anak guamnya pernah diceraikan dua kali oleh suaminya, Syamsul Yusof.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Akberdin berkata, dia juga terkejut dengan laporan yang tular dalam media sosial sedang­kan dirinya sendiri tidak pernah dimaklumkan oleh plaintif.

“Setakat ini dia (Puteri Sarah) tidak pernah be­ritahu saya (cerai dua kali). Itu semua adalah laporan yang keluar di media sosial. Tiada sebarang arahan daripada pihak kami kepada anak guam.

“Saya tak pernah dengar sebab dia sendiri tidak pernah cakap pada saya. Jangan mudah layan media sosial, kalau dapat maklumat perlu sahkan terlebih dahulu. Semuanya perlu melalui kenyataan di mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, tular laporan mendakwa Puteri Sarah pernah diceraikan dua kali oleh Syamsul dan lafaz talak itu dikatakan pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Kes penceraian pasangan itu gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan menceraikan isteri pertamanya 18 April lalu.

Kes akan disebut semula pada 25 Mei ini bagi mendengar keterangan pe­ngerusi jawatankuasa pen­damai berhubung pertemuan 24 Mac lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×