Parti Ummah jadi pilihan masyarakat Islam di selatan Thailand

Parti Ummah jadi pilihan masyarakat Islam di selatan Thailand

POSTER calon yang bertanding di kawasan selatan Thailand mewakili pelbagai parti di sekitar wilayah Narathiwat, Thailand.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Parti Ummah Thailand atau Prachachart dijangka terus menjadi pilihan masyarakat Islam di tiga buah wilayah selatan negara ini iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ahad nanti.

Seorang penduduk, Hafiq Abdul Rahman berkata, majoriti penduduk di sini selesa memilih Parti Prachachart yang di ketuai oleh Wan Muhammad Nor Matha sebagai wadah terbaik untuk memperjuangkan nasib mereka di Parlimen.

“Setakat ini, tiada lagi mana-mana parti yang boleh menandingi sumbangan sebagaimana telah diberikan oleh Parti Prachachart kepada masyarakat di tiga wilayah.

“Antara kejayaan terbesar ialah rundingan dengan pucuk pemimpin yang memboleh masyarakat Melayu di sini kembali bebas memakai pakaian tradisi iaitu baju Melayu,” katanya.

Hafiq memberitahu, selain itu masyarakat lain di tiga wilayah tersebut turut dibenarkan untuk mengamalkan budaya dan tradisi masing-masing.

Katanya, selain parti calon turut diambil kira sebagai kriteria pemilihan pada PRU.

“Jika…calon itu banyak membuat jasa, maka dia akan menjadi pilihan pada PRU nanti,” ujarnya.

Bagi Pensyarah Universiti Abdul Rashid Kassim berkata, dia berharap Parti Prachachart dapat terus memainkan peranan membela masyarakat di selatan Thailand.

Katanya, aspek pembangunan ekonomi di tiga wilayah tersebut perlu diberikan perhatian bagi membantu meningkatkan pendapatan untuk berdepan dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Sementara itu Mat Rokiey Wan Kechik berkata, penduduk di selatan Thailand berharap lebih ramai orang Islam dapat berada dalam Parlimen.

Katanya, hal ini kerana mereka mahu budaya Melayu dan agama Islam sentiasa terpelihara selepas ini.

PRU kali ini bakal menyaksikan lebih dua juta umat Islam tiga wilayah itu berpeluang memilih wakil rakyat yang dapat membela nasib mereka pada masa akan datang.

Pada PRU 2019 lalu, Parti Prachachart menguasai enam daripada 11 kerusi yang dipertandingkan di Pattani, Narathiwat dan Yala. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya