Nurul Shuhada gugur, Hafidz buat dua laporan polis - Utusan Malaysia

Nurul Shuhada gugur, Hafidz buat dua laporan polis

Hafidz Shuhada
MUHAMMAD Hafidz Roshdi ditemui pemberita bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader selepas sebutan semula permohonan pengesahan lafaz cerainya dekat Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Muhammad Hafidz Roshdi membuat dua laporan polis berhubung keguguran kandungan dialami, Nurul Shuhada Mat Shukri selepas mendakwa isterinya itu menyatakan hasrat berbuat demikian terhadap kandungan anak ketiga mereka.

Muhammad Hafidz atau Hafidz, 29, berkata dia menghalang hasrat tersebut dan bersedia untuk bertangunggjawab terhadap kandungan isterinya itu selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Nurul Shuhada, 29.

“Dalam WhatsApp, dia ada mesej saya memberitahu hendak gugurkan kandungan, jadi saya buat laporan polis untuk melindungi pihak saya, tetapi tahu-tahu sudah gugur.

“Bila dapat tahu dia sudah gugur, saya terpaksa buat laporan polis (sekali lagi) untuk polis membuat siasatan, sebab dia meminta duit daripada saya untuk (membiayai) kos (rawatan) keguguran.

“Jadi saya tak tahu ada bukti resit, hospital. Jadi, sudah buat dua kali laporan polis. Saya menghalang dan tidak bersetuju dia menggugurkan kandungan. Saya sudah cakap, jangan gugurkan, jaga baik-baik, saya akan bertanggungjawab tetapi, jadi sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess), hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan polis menerima laporan tersebut pada 17 April dan 6 Mei lalu, masing–masing dibuat pada pukul 1.21 pagi dan 9 malam.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilapor mengesahkan dia mengalami keguguran anak ketiga pada usia kandungannya 14 minggu, bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata, Humairah 6, dan Umar, 2, menerima takdir tersebut dengan hati terbuka.

Sementara itu, dia ketika ditemui ketika keluar melalui pintu berlainan memberitahu enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dibuat Hafidz, sebaliknya memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan polis.

“Itu sebenarnya dalam siasatan polis lagi. Saya tak dapat komen. Saya pun belum beri keterangan kepada polis lagi,” katanya.

Hafidz Shuhada

Bagaimanapun, dia menafikan tuduhan Hafidz yang menyatakan keguguran dialaminya itu dilakukannya dengan sengaja.

“Takkan saya yang hendak gugurkan, saya yang mengandung, dalam rahim saya. Jadi, sekarang ini dalam siasatan lagi sebab saya tidak (belum) beri lagi keterangan kepada polis.

“Itulah Allah Maha Baik. Saya sudah tak boleh berdepan lagi, dengan keaadaan sekarang (masih berpantang). Tetapi, itulah anak saya, sudah tunggu dekat syurga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya