PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN), namun belum menentukan jumlah kerusi yang ditandingi. Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Komunikasi Muda, Leben Siddarth berkata, keputusan itu bagi menyahut seruan demokrasi sekali gus menyusul langkah pertama diambil parti itu semasa PRN di Johor tahun lalu. Bagaimanapun katanya, masih belum ada keputusan berkenaan jumlah kerusi yang akan ditandingi kerana pihaknya masih perlu berunding dengan…