Mayat terbakar di kebun kelapa sawit - Utusan Malaysia

Mayat terbakar di kebun kelapa sawit

Mayat terbakar
MAYAT dengan kesan terbakar yang ditemui di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kepulan asap membawa kepada penemuan mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi kebun kelapa sawit berdekatan kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu disedari orang awam yang ternampak asap ketika melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya maklumat bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu bagi menjalankan siasatan.

Kata beliau, polis setakat ini masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Justeru, semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung motif kejadian itu. Kita juga meminta orang awam tidak menyebarkan sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Agus Salim, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau tidak pulang ke rumah juga dinasihatkan tampil membuat laporan polis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya