Mayat lelaki terapung, hanya pakai seluar dalam - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terapung, hanya pakai seluar dalam

MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung di perairan berhampiran Taman Negara Pulau Kukup, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Mayat seorang lelaki  ditemukan terapung di perairan berhampiran Taman Negara Pulau Kukup di Kukup Laut, dekat sini pukul 5.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abd. Hamid Abd. Rahman berkata, mayat tersebut ditemukan oleh kru kapal sebuah kapal.

Kapten kapal tersebut kemudian menghubungi ejen mereka di Batu Pahat sebelum membuat laporan polis mengenai penemuan mayat tersebut.

“ Ciri-ciri fizikal  mayat tersebut mempunyai ketinggian 165 sentimeter, tiada berpakaian hanya memakai seluar dalam dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

“Mangsa dipercayai telah lama meninggal dunia berdasarkan tubuhnya yang telah mereput dan terapung di permukaan laut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abd. Hamid berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Orang  ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja atau saudara mara boleh menghubungi Sarjan Sahibul Hamdi  Derama di Balai Polis Permas menerusi talian 018-2714199. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya