Mahfuz harap Sanusi tidak fitnah lagi

Mahfuz harap Sanusi tidak fitnah lagi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengharapkan agar Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor insaf dan tidak lagi melakukan fitnah terhadap orang lain. 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam masa sama mengharapkan agar keinsafan itu berkekalan dan Muhammad Sanusi tidak lagi ‘koyak’. 

“Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan adalah Muhammad Sanusi nampaknya akur dengan hakikat bahawa beliau telah memfitnah saya. Semoga beliau insaf. 

“Jika Muhammad Sanusi merasakan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tak betul, sudah pasti beliau akan merayu ke Mahkamah Persekutuan. 

“Tetapi memandangkan Muhammad Sanusi tidak meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, nampaknya Muhammad Sanusi akur dan bersetuju dengan apa yang diputuskan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa beliau telah memfitnah saya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan Muhammad Sanusi yang membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung fitnah dilakukan Menteri Besar itu pada 30 Julai 2019.

Menerusi kenyataan fitnah yang dimuat naik itu, Muhammad Sanusi mendakwa pemimpin Amanah dan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan kerajaan ketika itu sudah pudar sensitivitinya terhadap isu judi.

Ini kerana perpindahan premis berkenaan berlaku ke kawasan majoriti Islam di Kedah tanpa sebarang halangan sehingga isu tersebut ditimbulkan masyarakat setempat dan dirinya, empat bulan selepas kelulusan diberikan Kementerian Kewangan. 

Mahfuz menambah, Muhammad Sanusi juga dalam masa sama dilihat akur dengan hakikat bahawa dirinya langsung tiada sebarang kaitan dengan pemindahan premis judi ke Pokok Sena. 

“Keputusan mahkamah yang mendapati Muhammad Sanusi bersalah memfitnah saya, membuktikan tidak pudar sensitiviti saya terhadap isu-isu seperti didakwa beliau dalam fitnahnya kepada saya, Alhamdulillah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.