Lelaki maut jatuh dari pokok ketinggian lebih 30 meter

Lelaki maut jatuh dari pokok ketinggian lebih 30 meter

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari pokok tualang pada ketinggian lebih 30 meter semasa mencari madu di hutan Kampung Meranto di Gua Musang, Kelantan, awal pagi tadi.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok tualang pada ketinggian lebih 30 meter semasa melakukan kerja-kerja mencari madu lebah di hutan Kampung Meranto di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Abdullah Che Nah, 35, dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas banir pokok tualang kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi ke Kampung Meranto untuk mengambil madu lebah pada pukul 12.18 tengah malam.

Menurutnya, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh kampung telah memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mengambil madu lebah yang merupakan sumber mata pencariannya.

“Ketika proses mengambil madu lebah, mangsa dipercayai tiba-tiba terjatuh di atas akar banir pokok tualang tersebut. 

“Rakan-rakannya pergi ke arah mangsa yang berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Bertam di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Choon Foo memberitahu, hasil pemeriksaan di  sekeliling pokok tualang dan tubuh badan mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki itu.

Katanya, pihak Klinik Bertam Baru yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya