Lelaki didenda RM4,000, kemuka maklumat palsu kepada JPN - Utusan Malaysia

Lelaki didenda RM4,000, kemuka maklumat palsu kepada JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau hari ini, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tahun lalu. 

Tertuduh Wong Chu Yang, 57, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengemukakan maklumat palsu butir-butir material dalam permohonan kad pengenalan kali pertama (12 tahun) seorang kanak-kanak di JPN di kaunter JPN Daerah Tampin pada 19 September 2022.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JPN, Tg. Noor Hasana Tg. Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Difahamkan, tertuduh telah ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Negeri Sembilan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya