PETALING JAYA: Kira-kira 3.1 juta pencarum yang membuat pengeluaran menerusi empat skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum dapat membina semula jumlah simpanan masing-masing. Menurut KWSP, jumlah tersebut bersamaan dengan 39 peratus daripada jumlah keseluruhan 8.1 juta ahli KWSP yang membuat pengeluaran dengan kadar simpanan mereka ketika ini sekitar RM890 sahaja. Daripada 8.1 juta ahli KWSP yang membuat pengeluaran, 0.3 juta (empat peratus) telah mencapai umur 55 tahun ke…