Lebih 20,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Lebih 20,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun (kanan) meninjau persiapan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani yang akan diadakan pada 7 Mei ini bertempat di Wisma Majlis Bandaraya Seremban di Forest Height, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 20,000 orang dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani yang akan diadakan pada 7 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, majlis yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 3 petang bertempat di Wisma Majlis Bandaraya Seremban di Forest Height di sini.

Tambah beliau, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

“Persiapan telah diatur dan semalam kami telah memuktamadkan kemudahan termasuk tempat parkir dan kenderaan ulang alik yang disediakan bagi pengunjung, saya harap ini akan memudahkan pengunjung yang datang pada hari Ahad ini. Kami anggarkan sekitar 20,000 orang akan hadir pada majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Aminuddin menolak tanggapan dilontarkan pembangkang bahawa majlis rumah terbuka tersebut diadakan bagi menarik sokongan rakyat susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri tahun ini.

“Kita di Negeri Sembilan bubar (Dewan Undangan Negeri ) pun tidak buat lagi, sedangkan mereka sudah buat program macam-macam di Negeri Sembilan. Kami tidak cakap apa-apa pun. mereka sudah turun padang, berkempen, kami tidak halang.

“Di Negeri Sembilan majlis ini setiap tahun berjalan cuma kali ini ada tetamu istimewa. Apa salahnya seorang ketua negara berjuma rakyatnya, ketika ini hari raya, saya rasa ia hari yang sesuai,” tambah beliau.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya