Lebih 1,000 pengikut sertai Pas hanyalah propaganda politik Annuar Musa

Lebih 1,000 pengikut sertai Pas hanyalah propaganda politik Annuar Musa

Zawawi Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: UMNO Kelantan menyifatkan lebih 1,000 ahlinya akan mengikut jejak langkah Tan Sri Annuar Musa menyertai Pas sebagai propaganda politik bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, pihaknya sudah ‘masak’ dengan strategi dan pendekatan yang diambil Annuar.

Menurutnya, sepatut beliau terlebih dahulu mengajak anaknya yang juga Ketua Pemuda UMNO Ketereh menyertai Pas sebelum berkempen orang lain berbuat demikian.

“Saya meneliti sidang media beliau (Annuar) sebentar tadi. Bagi saya tidak perlulah bersikap propa dengan sekadar menyebut sahaja angka-angka ahli UMNO yang akan menyertai Pas. Kita sudah masak dengan cara beliau ini.

“Orang luar akan melihat, kalau anak kandung beliau sendiri pun tidak meyakini tindakan ini, apatah lagi orang lain. Bak kata orang Kelantan ‘debek’ (lemah) benar kalau anak sendiri pun tidak ikut perjuangan ayahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh itu memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan tujuan Annuar menyertai Pas untuk mencari tapak sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada Pas supaya berhati-hati dengan langkah Annuar. UMNO telah masak dengan ragam dan perangai beliau ini. Silap langkah Pas pula akan terjerat dengan ‘permainan minda’ Annuar,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, Annuar mengesahkan sudah menghantar borang permohonan menyertai Pas bulan lalu bersama lebih 1,000 ahli UMNO lain. 

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau memutuskan menyertai Pas selepas lebih enam bulan meneliti secara dekat dan mendalam suasana politik negara mutakhir ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya