Lantikan ahli DAP dalam agensi, GLC bukan jilat ludah - Sheikh Umar - Utusan Malaysia

Lantikan ahli DAP dalam agensi, GLC bukan jilat ludah – Sheikh Umar

SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI (tengah) mengiringi Chan Foong Hin (dua dari kiri) melawat syarikat Tuzra Marketing Sdn. Bhd., di Bukit Indah, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jawatan yang diterima ahli DAP dalam agensi kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan merit, bukannya sekadar lantikan politik.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali sebaliknya berkata, masyarakat juga perlu melihat perbezaan antara kedua-dua entiti berkenaan, iaitu agensi kerajaan merupakan institusi yang bertindak selari dengan kerajaan semasa, manakala GLC lebih berasaskan keuntungan.

“Saya tidak rasa perkara ini (lantikan politik dalam kalangan ahli DAP) sebagai tindakan menjilat balik ludah, sebabnya kedua-dua entiti itu berbeza, sama ada agensi kerajaan mahupun GLC.

“Berbeza dengan agensi yang sentiasa mengikut hala tuju kerajaan, lantikan ke dalam GLC mempunyai implikasi berlainan seperti sudut perolehan, keputusan perniagaan dan lain-lain.

“Selain itu, sebarang pelantikan dibuat masih melihat merit dan kredibiliti seseorang pemimpin sebelum diberikan tanggungjawab berkenaan,” katanya  menjawab pertanyaan sama ada jawatan diterima kepimpinan DAP sebagai tindakan menjilat balik ludah.

Beliau berkata demikian selepas menyertai lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin ke syarikat Tuzra Marketing Sdn. Bhd., di Bukit Indah, di sini hari ini.

Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor sebelum ini tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di kerusi Parlimen Ayer Hitam menentang Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan kini dilantik Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang baharu.

Sebelum ini, ada pihak yang mengkritik DAP kerana menerima jawatan yang dikategorikan sebagai lantikan politik yang ditentang semasa menjadi pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN