Konsert Blues Untuk Rakyat bersama Papa Rock Ramli Sarip di Sukpa, 5 Ogos ini - Utusan Malaysia

Konsert Blues Untuk Rakyat bersama Papa Rock Ramli Sarip di Sukpa, 5 Ogos ini

RAMLI Sarip membuat persembahan khas sempena sidang akhbar penga juran Konsert Blues Untuk Rakyat di Hotel Shahzan di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Rakyat negeri ini berpeluang menyaksikan kemunculan Papa Rock, Datuk Ramli Sarip bersempena penganjuran Konsert Blues Untuk Rakyat, pada 5 Ogos depan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota sini.

Kemunculan Papa Rock sebagai tanda ingatan penyanyi kelahiran Singapura itu serta melepaskan rindu peminat setia di Pahang terhadapnya.

Sebanyak 3,000 tempat duduk disediakan di Sukpa kepada peminat-peminatnya penyanyi tersohor tersebut sempena konsert berkenaan.

Ramli berkata, sudah lama beliau berhasrat membuat persembahan di hadapan peminatnya di negeri ini kerana kali terakhir mengadakan konsert di Pahang adalah bersama kumpulan Sweet Charity sekitar tahun 80an di Stadium Darul Makmur di sini.

“Saya masih ingat ketika kemunculan dulu, ketika itu ramai peminat yang datang ke konsert berkenaan. Selepas itu, saya tidak lagi berpeluang mengadakan konsert di Pahang, rindu kepada peminat sentiasa muncul namun apakan daya detik yang dinanti tidak muncul.

“Namun begitu, akhirnya sekali lagi saya berpeluang untuk muncul di hadapan peminat di sini melalui penganjuran Konsert Blues Untuk Rakyat,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena Konsert Blues Untuk Rakyat di Hotel Shahzan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, dalam persembahan konsert itu nanti, beliau akan menghiburkan peminatnya selama dua hingga dua jam setengah.

“Saya memang tidak sabar untuk bertemu peminat di Pahang, sebanyak 22 lagu yang berunsur rakyat selain koleksi hits sepanjang zaman berusia lebih 40 tahun yang masih lagi segar akan dipersembahkan. Selain itu, saya juga menyediakan enam lagu baharu seperti ronggeng rakyat, cinta disebalik musim dan surat cinta Kuala Lumpur.

“Jangan lepaskan peluang bernostalgia bersama saya, jadikan konsert ini nanti satu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ada Events Asia, Daniel Albert Yap berkata, konsert yang julung kali diadakan di Pahang ini diharap mendapat sambutan menggalakan daripada peminat setia Papa Rock.

Katanya lagi, tiket konsert sudah mula dijual pada harga RM98 dan RM198 secara dalam talian sahaja menerusi www.ticket2u.com.my.

“Peminat Ramli Sarip yang ingin menyaksikan konsert berkenaan boleh mendapatkan segera tiket memandangkan hanya 3,000 keping sahaja dijual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya