Kereta rempuh gerai nasi lemak, 9 cedera - Utusan Malaysia

Kereta rempuh gerai nasi lemak, 9 cedera

SEBUAH kereta yang terbabas dan merempuh sembilan individu yang berada di gerai nasi lemak di tepi Jalan Hospital, Taman Suria, Jitra di Kubang Pasu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Tiga kritikal manakala enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas me­rempuh sebuah gerai nasi lemak di Jalan Hospital, Taman Suria, Jitra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada pukul 8.25 pagi itu melibatkan tiga kereta dan enam motosikal.

“Siasatan mendapati sebuah kereta terbabas dan melanggar sebuah kereta lain yang diletakkan di tepi jalan sebelum me­rempuh orang ramai yang beratur untuk membeli nasi lemak di gerai berkenaan.

“Akibat kejadian itu, sembilan cedera dan tiga daripadanya kritikal. Mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, antara yang cedera termasuk sepasang suami isteri yang menjual nasi le­mak di gerai terbabit termasuk pemandu kereta lelaki yang terbabas berusia 20 tahun.

“Semakan mendapati pemandu kereta tersebut tiada lesen, kereta tiada cukai jalan dan insuran tamat tempoh,” katanya.

Rodzi berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut termasuk mengambil ke­terangan semua saksi di lokasi kejadian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN