‘Kenapa pegawai menteri baru disiasat ditamatkan kontrak, tapi

‘Kenapa pegawai menteri baru disiasat ditamatkan kontrak, tapi yang dibicara diberi kuasa?’

Ahmad Fadhli Shaari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan tindakan kerajaan yang menamatkan lima pegawai di bawah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar. 

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia sememangnya satu tindakan yang perlu dipuji daripada kerajaan kerana melibatkan isu integriti. 

Namun, katanya, langkah itu menghairankan kerana mereka baru sahaja disiasat dan belum didakwa sedangkan yang sedang dibicarakan di mahkamah diberikan kuasa kedua tertinggi dalam Kabinet. 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa ia tidak salah kerana dia hanya baru dibicarakan dan belum didapati bersalah. Jadi, kalaulah yang jadi Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan dikatakan bahawa dia baru dibicarakan, kenapa lima pegawai menteri ini ditamatkan kontrak sedangkan mereka baru disiasat. 

“Dalam erti kata lain, prinsip memerangi rasuah ini bagus dari sudut kata-katanya…momokannya sangat bagus, tetapi pelaksanaannya gagal, renungkan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, kontrak lima pegawai itu ditamatkan dengan seorang lagi dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pembantu Sivakumar, bagaimanapun membebaskan mereka selepas perintah reman empat hari tamat pada 17 April lalu.

Penahanan mereka dipercayai berhubung siasatan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya