Ibu guna pencen FOT arwah anak untuk kelangsungan hidup

Ibu guna pencen FOT arwah anak untuk kelangsungan hidup

NORA Yaacob (kanan) menyampaikan Faedah Pengurusan Jenazah RM2,000 serta sumbangan kotak prihatin kepada Noryah Awang di rumahnya di Kampung Kemasin, Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ibu kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lans Koperal Mohd. Idris Abdul Samad,34, yang maut dipatuk ular tedung semasa bertugas mahu menggunakan pencen bulanan dibawah Skim Faedah Orang Tanggungang (FOT) Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SPS) Madani untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Noryah Awang berkata, pencen yang bakal diterimanya sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaannya bulanan serta dua lagi adik arwah.

“Arwah adalah seorang anak yang sangat baik dan bertanggungjawab menjaga keperluan saya serta adik-adik memandangkan yang lain sudah berkeluarga.

“Pencen bulanan ini pastinya sangat membantu kami. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana arwah masih lagi meninggalkan sesuatu untuk kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemasin selepas menerima kunjungan dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Abdul Wahab Rahim yang menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Pada masa sama, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob  turut menyampaikan Faedah Pengurusan Jenazah RM2,000 serta sumbangan kotak prihatin kepada Noryah.

Sementara itu, Nora berkata, waris Allahyarham Mohd. Idris akan memperolehi faedah di bawah FOT SPS Madani berjumlah RM557 sebulan.

Katanya, memandangkan Allahyarham masih bujang, makan bayaran pencen FOT itu akan dibayar kepada ibunya sehingga akhir hayat.

“Seperti kita sedia maklum peranan Perkeso adalah untuk membantu memberi perlindungan kepada pekerja. Kalau tiada Perkeso, siapa yang akan memberi perlindungan kepada mereka.

“Justeru itu, kerajaan begitu memberi penekanan dengan menyediakan insentif pembiayaan caruman 100 peratus kepada mereka yang bekerja sendiri. Saya menyeru kepada semua untuk memohon segera,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Idris maut selepas dua hari bertarung nyawa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian apabila dipatuk seekor ular tedung-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya