Harga lantai getah RM2.70 sekilogram – Fadillah

Harga lantai getah RM2.70 sekilogram – Fadillah

Kerajaan telah menaikkan harga lantai getah RM2.70 sekilogram. - Gambat hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan sudah me­laksanakan harga lantai getah RM2.70 sekilogram seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan sebelum perkara itu diumumkan.

“Dalam pembentangan bajet sudahpun diumumkan kenaikannya daripada RM2.50 kepada RM2.70 satu kilogram (kg).

“Kenaikan tersebut diluluskan Perdana Menteri sebelum pembentangan bajet,” kata Fadillah semalam.

Malah, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching turut mengesahkan pelaksanaan harga lantai getah yang sudah dinaikkan.

Fadillah berkata, kenaikan harga lantai getah itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang sebelum itu merosot.

Dalam pada itu, kerajaan sedang memperhalusi kenaikan harga lantai getah keping kepada RM4.50 satu sekilogram.

Sebelum pengumuman tersebut, penoreh getah di seluruh negara mengeluh apabila harga komoditi itu terus merosot di bawah paras RM2.50 sekilogram.

Penoreh bukan sahaja terkesan dengan harga murah getah tetapi pendapatan mereka turut bergantung kepada cuaca dan musim panas iaitu pada musim hujan dan musim luruh penoreh terpaksa ‘menganggur’ kerana tidak boleh menoreh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN