Hadi mahu Pas pimpin Kerajaan Perpaduan 

Hadi mahu Pas pimpin Kerajaan Perpaduan 

ABDUL Hadi Awang merasmikan buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan menyampaikan syarahan perdana pada program Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan, beliau pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, beliau mempersoalkan, sepatutnya tawaran itu sepatutnya memberi kelebihan kepada Pas kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain. 

Tetapi, dilihat perkara itu tidak berlaku kerana Pas hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata. 

Tambahnya, jika Pas yang mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain, parti Islam itu mempunyai hak untuk memimpin negara. 

“Ada orang hubungi saya..beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan, 

“Pas 43 kerusi, PKR 30 sahaja, dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu. 19 sahaja Islam dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. 

“Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam. Dia nak ajak Pas, tetapi Pas duduk di belakang, bukan di depan. 

“Sepatutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi lagi, Pas terbuka untuk berjumpa dengan mana-mana pihak untuk menjalinkan kerjasama, namun mestilah bertepatan dengan konsep dan hala tuju yang dibawa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya