Hadi didesak kemuka bukti - Utusan Malaysia

Hadi didesak kemuka bukti

MOHD. HAIRI MAD SHAH (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@Johor Future 2023 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang didesak untuk mengemukakan bukti menerima tawaran daripada ‘orang tertentu’ yang menawarkan parti itu  bekerjasama dalam kerajaan perpaduan

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, kenyataan yang dibuat Hadi perlu disokong dengan mendedahkan individu tersebut dan bila tawaran itu dikemukakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri turut menganggap pendedahan Hadi itu  luar biasa dan tampak kemaruk untuk berada dalam kerajaan perpaduan.

“Jangan terlalu yakin (terima tawaran untuk sertai kerajaan perpaduan). Saya faham, kita pernah bersama (menjadi kerajaan) dan merindukan rasa nikmat duduk dalam kerajaan.

“Bawa bertenang, insya-Allah jika ada rezeki. Dengan keberadaan kerajaan Madani ini yang cukup stabil, sebab itulah mereka terasa nak bersama, dan membantu kerajaan hari ini.

“Jika betul terima tawaran itu, berikan nama individu yang mẹmbuat tawaran itu dan di bila tawaran itu dibuat. Jika ada bukti lagi menarik, nak dengar sendiri dari mulut Hadi,” katanya ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@Johor Future 2023, di sini hari ini. 

Sabtu lalu, Abdul Hadi mendedahkan beliau pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Walau bagaimanapun, beliau  mempersoalkan tawaran tersebut yang sepatutnya tawaran itu memberi kelebihan kepada Pas kerana mempunyai kerusi yang lebih daripada parti lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya