Empat rakan didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja - Utusan Malaysia

Empat rakan didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja

EMPAT rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun, pertengahan bulan lalu.

Walau bagaimanapun, kesemua tertuduh, Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd. Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Sobri, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol remaja itu pada pukul 1 pagi di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram pada 14 Mei lalu.

Mereka  didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Nazreen Ashraf pula didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada pukul 12 tengah malam pada hari dan lokasi yang sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim membenarkan tiga tertuduh diikat jamin dengan RM18,000, manakala Nazreen Ashraf pula diikat jamin RM14,000 dan menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 23 Mei lalu, media melaporkan sekumpulan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang remaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya