Buruh cedera di hempap dinding rumah

Buruh cedera di hempap dinding rumah

MOHAMED Jali melihat keadaan rumahnya yang dihempap pokok kekabu semasa kejadian ribut di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan kelmarin.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh cedera pada bahagian kepala dan kaki selepas dihempap dinding rumah sewanya yang tumbang semasa kejadian ribut di Kampung Pintu Geng di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Charoni Taani, 38, terpaksa terjun menerusi tingkat setinggi tiga meter selepas menyedari rumahnya hampir ranap.

Menurutnya, semasa kejadian, dia berada di dalam sebuah bilik selepas memasak dan secara tiba-tiba dinding pecah dan menghempapnya.

“Keadaan rumah saya ketika kejadian menjadi gelap apabila bekalan elektrik terputus. Saya terus terjun menerusi tingkap untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam runtuhan rumah.

“Tiga lagi rakan serumah keluar bekerja semasa kejadian berlaku. Saya amat terkejut dengan kejadian itu dan bernasib baik apabila ada jiran-jiran yang datang membantu,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Charoni memberitahu, dia pada awalnya menyangka dirinya akan terkorban dalam kejadian itu apabila rumahnya itu ranap 100 peratus apabila dihempap pokok kekabu yang besar.

Katanya, ini merupakan kali pertama dia berdepan detik cemas sejak lima tahun menyewa rumah tersebut.

Pemilik rumah berkenaan, Mohamed Jali, 66, berkata, dia mengetahui kejadian pokok kekabu menimpa rumahnya petang kelmarin selepas dihubungi oleh penduduk kampung.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terkejut selepas melihat hampir keseluruhan rumah yang disewakan kepada Charoni roboh akibat dihempap pokok kekabu yang berusia 30 tahun.

“Saya mengalami kerugian kira-kira RM70,000 dan saya berterima kasih kepada penduduk kampung yang bergotong royong memotong kesemua dahan pokok kekabu yang tumbang itu.

“Saya bercadang menebang sepohon lagi pokok kekabu kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berulang lagi,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.