Belum tiba masa bincang isu tiket ECRL

Belum tiba masa bincang isu tiket ECRL

ANTHONY Loke Siew Fook (kanan) bersama Anwar (tengah) dan Ahmad semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kementerian Pengangkutan menyifatkan terlalu awal buat kerajaan membincangkan isu harga tiket perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek tersebut masih berjalan dan hanya bakal beroperasi pada Januari 2027.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau percaya harga tiket yang bakal ditetapkan oleh kerjaan itu nanti tidak akan membebankan rakyat.

“Ini merupakan projek kerajaan…jadi ia perlu turut mempunyai konsep rahmah, iaitu berpatutan dan mampu dibayar oleh rakyat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai harga tiket perkhidmatan tersebut semasa Majlis Pelancaran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Tunjong, di sini hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Sri Darwish Abdul Razak serta Pengarah Eksekutif China Communication Construction Company Ltd (CCCC) Lui Hui.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke berkata, pihaknya yakin ECRL akan disiapkan mengikut jadual kerana diberikan perhatian penting oleh Kerajaan Malaysia dan kerajaan China.

Katanya, pengurusan projek diletakkan di bawah Malaysia Rail Link (MRL) yang akan memantau dengan rapi perkembangannya.

“Pihak kontraktor bertanggungjawab adalah CCCC yang merupakan sebuah syarikat berwibawa dari negara China. Perkembangan projek ini turut dibincangkan semasa pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi China. 

“Jadi ia diberikan perhatian cukup tinggi oleh kedua-dua buah negara. Saya yakin pihak kontraktor juga akan memastikan projek ECRL ini disiapkan mengikut jadual,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya