ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menerima permohonan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menutup mana-mana sekolah di seluruh negara setakat ini susulan keadaan cuaca panas. Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying meminta pihak JPN supaya terus peka dengan memantau keadaan cuaca setiap hari di negeri masing-masing. Katanya, JPN boleh menutup sekolah sekiranya suhu mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut bagi menjamin keselamatan warga sekolah terutama kalangan…










