Beberapa pelajar luka, ditahan kerana bergaduh - Utusan Malaysia

Beberapa pelajar luka, ditahan kerana bergaduh

Balveer Singh Mahindar Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Gara-gara tidak puas hati dibaling pemadam, sekumpulan pelajar tingkatan tiga bergaduh di hadapan sebuah sekolah menengah di Kempas, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.43 petang itu beberapa pelajar terbabit mengalami luka pada bahagian kepala serta lebam kaki dan tangan. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kecederaan yang dialami pelajar itu agak serius dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling dengan pemadam oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum pergaduhan.

“Akibat pergaduhan tersebut, beberapa pelajar sekolah tersebut telah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala serta lebam pada kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu pihak polis  telah melakukan beberapa tangkapan melibatkan kalangan pelajar terlibat.

“Pihak polis menasihatkan agar masyarakat tidak mensensasikan isu ini yang boleh memberi implikasi terhadap keharmonian kerana siasatan masih berjalan.

“Polis menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya