Batalkan 'Gang Bang JB Party' atau dikenakan tindakan tegas - Polis Johor - Utusan Malaysia

Batalkan ‘Gang Bang JB Party’ atau dikenakan tindakan tegas – Polis Johor

POSTER ‘Gang Bang JB Party’ yang tular mengajak orang ramai menyertai seks bebas yang dijadual diadakan di Johor Bahru pada 20 Jun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini memberi amaran kepada penganjur ‘Gang Bang JB Party’ supaya membatalkan pesta seks bebas yang dijadualkan berlangsung di bandar raya ini, bulan depan atau dikenakan tindakan tegas.

Ketuanya, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran aktiviti sedemikian adalah menyalahi undang-undang negara ini dan tidak akan berkompromi dan  mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat.

“Semalam, Polis Johor telah mengesan penularan satu poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang mempromosikan pesta seks bebas dan dijangka diadakan pada 20 Jun ini.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan penyebaran menerusi media sosial pula disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan terhadap apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku sebarang kesalahan.

“Kami turut menyeru kerjasama awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah untuk terus menyalurkannya ke Bilik Gerakan Polis Johor menerusi talian 07-2212999,” katanya.

Semalam, tersebar satu poster bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual akan diadakan di bandar raya ini pada 20 Jun depan bermula pukul 4 petang hingga 9 malam.

Menurut poster tersebut, orang ramai yang mahu menyertainya supaya membawa kondom dan tuala sendiri, selain perlu mandi terlebih dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya