Ahli, penyokong DAP perlu sokong, undi calon UMNO

Ahli, penyokong DAP perlu undi calon UMNO -Teo Nie Ching

TEO Nie Ching (empat dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan daripada IOI Properties dalam program Larian Amal IOI Putra, yang diadakan di Bandar Putra, Kulai, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Ahli dan penyokong DAP turut digesa memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO yang merupakan rakan parti komponen dalam kerajaan perpaduan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan datang.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, perkara itu penting bagi memastikan kestabilan politik sama ada peringkat pusat mahupun negeri.

Sehubungan itu, katanya, ahli dan penyokong DAP perlu mengetepikan sebarang perbezaan yang mungkin wujud sebelum ini sebaliknya melihat kepada masa depan lebih baik.

“Sekarang kami duduk dalam kerajaan perpaduan, jadi, semua parti politik kerajaan yang bertanding dalam PRN akan datang perlu menang untuk pastikan kestabilan kerajaan perpaduan.

“DAP sudah pasti mahu memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dan kami juga berharap rakan komponen seperti PKR, Amanah dan juga UMNO turut menang di kawasan mereka.

“Mandat daripada rakyat adalah penting, jadi, sekiranya semua parti politik dalam kerajaan perpaduan boleh menang dengan besar, ini adalah satu tanda bahawa rakyat jelata yakin dengan kemampuan dan pencapaian kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal IOI Putra, di sini hari ini.

Nie Ching yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Johor sehubungan itu meminta sokongan diberi kepada calon-calon UMNO dalam PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital turut berkata, pihaknya akan terus menyantuni pengundi daripada pelbagai latar belakang seperti yang dilakukan sejak dahulu lagi.

“Pendekatan kita kekal untuk mendekati pengundi berbilang kaum, buktinya adalah bahan publisiti yang dikeluarkan dibuat dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan juga Tamil.

“Kita tidak akan menyerahkan usaha menarik pengundi kepada pihak lain walaupun kita akui sokongan masyarakat Melayu terhadap DAP sedikit kurang, namun, itu tidak halang kita dekati masyarakat Melayu.

“Ini kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan juga pengundi di negara ini, jadi kita akan lakukan yang terbaik untuk mendekati semua lapisan masyarakat,” jelasnya.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP. 

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama kerajaan perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menyiksa kestabilan politik negara.

“Kita hendaklah tinggalkan sentimen peribadi kerana dinamik politik hebat, apa yang berlaku sudah berlaku, ia adalah kerana kestabilan,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya