36 murid, guru berdepan detik cemas tadika terbakar

36 murid, guru berdepan detik cemas tadika terbakar

SEBUAH tadika Sri Orkid Jaya di Taman Bukit Tiram, Johor Bahru yang terjejas akibat kebakaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 36 murid dan guru berdepan detik cemas dan sempat menyelamatkan diri setelah Tadika Sri Orkid Jaya di Taman Bukit Tiram, di sini terlibat dalam kebakaran, pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, kebakaran disedari di peringkat awal menyebabkan guru dan murid terbabit segera meninggalkan bangunan tadika tersebut.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan II Mohd. Salleh Mohamed, semua murid dan guru terselamat serta tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu berlaku pada pukul 8.38 pagi. Sekolah tadika tersebut beroperasi walaupun semalam adalah cuti umum.

“Susulan itu, seramai lapan anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis struktur kekal yang dijadikan tadika.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 10 minit dan operasi memadam kebakaran selesai pada pukul 11.15 pagi.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya