Tiada pertembungan BN, PH di Sungai Besar

Tiada pertembungan BN, PH di Sungai Besar

JAMAL Md. Yunos (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal dan asnaf di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. – UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tiada pertembungan calon antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Sungai Besar, iaitu Sungai Panjang dan Sekinchan.

Ketua UMNO Bahagian Su­ngai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kerusi DUN Su­ngai Panjang masih di bawah BN menerusi Datuk Mohd. Imran Tamrin manakala Ng Suee Lim di Sekinchan.

“Tiada pertembungan antara dua gabungan itu kali ini dan ia mungkin hanya satu lawan satu (dengan Perikatan Nasional),” katanya pada program Iftar Ramadan UMNO di Sekinchan.

Jelas beliau, pihaknya kini dalam proses menyakinkan ahli dan akar umbi UMNO supaya te­rus memberi undi kepada calon.

“Sokongan itu bukan saja melibatkan calon BN malah dari parti lain iaitu PKR, Amanah dan DAP. Kita di Selangor sememang­nya sudah bersedia menghadapi PRN di bawah Kerajaan Perpaduan bersama PH,” ujarnya.

Menurut Jamal, rundingan bersama pengurusan tertinggi UMNO negeri dan pusat selepas Aidilfitri akan menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi kelak.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyokong penuh Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×