PRN 'ujian litmus' untuk Kerajaan Perpaduan Malaysia

PRN ‘ujian litmus’ untuk Kerajaan Perpaduan Malaysia

ASYRAF Wajdi Dusuki (dua kanan) beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Make Colek Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Kota Bharu, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri selepas Jun ini merupakan ‘ujian litmus’ pertama buat Kerajaan Perpaduan yang membentuk kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada masa sama PRN itu turut menjadi pentas pertama melihat penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh PH dan BN dalam membentuk kerajaan selepas tempoh enam bulan.

“Apa yang paling penting Kerajaan Perpaduan perlu kukuh bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada kestabilan yang ada dari segi ekonomi, pembangunan sosial dan sebagainya.

“Hal ini kerana kita sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran disebabkan oleh perbalahan politik selama empat tahun setengah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Make Colek Bersama Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini malam tadi.

Asyraf Wajdi memberitahu, adalah tidak adil menjadikan PRN sebagai kayu sama ada Kerajaan Perpaduan adalah formula yang tuntas.

Katanya, hal ini kerana dalam tempoh tiga hingga empat bulan selepas pembentukan kerajaan tidak mungkin semua perkara dapat diselesaikan.

“Kalau kita tengok macam pengamalan kita (UMNO) semasa pembentukan kerjasama Muafakat Nasional (MN). Kita ambil masa selama setahun dua bulan program diakar umbi atas nama penyatuan ummah.

“Lebih 660 program di setiap bahagian (UMNO) sampai ke Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia sebelum kita tandatangan Piagam MN. Keserasian diperingkat akar umbi perlu diwujudkan terlebih dahulu,” ujarnya.

Asyraf Wajdi berkata, mana mungkin perbalahan yang begitu tajam selama berpuluh-puluh tahun antara UMNO dengan Dap, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Katanya, tidak mudah untuk mewujudkan keserasian dalam tempoh enam bulan.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata, buat julung kalinya Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan melibatkan parti-parti yang menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) pembentukan kerajaan akan berlangsung pada 14 Mei depan.

Katanya, ia melibatkan BN, PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.

“Bagaimanapun, terdapat juga parti-parti bersifat individu yang menyertai Kerajaan Perpaduan. Walaupun tidak menandatangani MoU tetapi mereka diterima sebagai sebahagian daripada parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.