IPOH: Kegiatan sindiket dadah menjadikan dua rumah di Pantai Remis, Manjung sebagai makmal memproses dan membungkus pil ekstasi terbongkar selepas diserbu polis yang membawa kepada rampasan dadah bernilai RM5.5 juta. Serbuan Sabtu lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu merampas pelbagai jenis dadah seberat 79.6 kilogram. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 7 pagi…