Petaling Jaya, Segamat catat IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

Petaling Jaya, Segamat catat IPU tidak sihat

Petaling Jaya dan Segamat catat IPU tidak sihat pada pukul 1 petang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petaling Jaya, Selangor dan Segamat, Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat pada pukul petang.

Maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Petaling Jaya merekodkan bacaan 109, manakalan Segamat menunjukkan bacaan 107.

Hampir semua daerah di seluruh Malaysia mencatatkan IPU dari 52 hingga 88 iaitu paras sederhana.

Hanya empat lokasi IPU merekodkan tahap baik iaitu Tanjung Malim, Perak (50), Sandakan, Sabah (39), Kapit, Sarawak (42) dan Sarikei, Sarawak (44).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Terdahulu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA) memaklumkan akan memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan jerebu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN