Pemuda ugut Perdana Menteri ditahan

Pemuda ugut Perdana Menteri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Pemuda berusia 24 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Binjal di sini pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek sudah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pemuda berkenaan memuat naik kenyataan berbaur ugutan yang berbunyi ‘Boleh Pasang nanti bang Non Mai klate, Kasi ajar sikit’ untuk membaling mercun bom.

Kenyataan tersebut dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri yang akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 12 Mei ini.

Hasil semakan  mendapati sumber asal posting tersebut telah dimuat naik oleh suspek di akaun Tiktok @najibnafi99 telah dipadam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya