PETALING JAYA: Dianggarkan hampir 200,000 pelarian perang dan pemohon suaka politik yang berada di negara ini sedang membina kehidupan selesa dengan mengukuhkan identiti dan penempatan komuniti masing-masing. Semua pelarian dan pemohon suaka dipercayai datang dari kira-kira 50 buah negara dan jika Malaysia tidak menguruskan kelompok itu dengan sistematik, kumpulan tersebut boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ini kerana kelompok itu semakin berkembang kerana mereka beranak-pinak dan sebahagiannya menjangkau generasi ke…