Pas belum terima borang keahlian Annuar

Pas belum terima borang keahlian Annuar

TUAN Ibrahim Tuan Man (kanan) mendengar penerangan operasi Raja Perfume Malaysia daripada pemiliknya Wan Mohd. Raimiey Syazerin semasa melawat premis berkenaan di Kampung Lepar Limbat, Kota Bharu, Kelantan semalam. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas masih belum menerima permohonan bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa untuk menjadi ahli parti itu buat masa ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat berkenaan permohonan daripada tokoh berkenaan.

“Tunggu masa lah…namun jika permohonan secara langsung boleh dirujuk kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Memang ada dengar ura-ura beliau mahu bersama Pas dan kami mengalu-alukan penyertaan itu termasuklah sesiapa sahaja. 

“Mana-mana rakan daripada UMNO yang digantung sehingga tujuh tahun atau dipecat, tunggu apa lagi…marilah bersama kami,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Penyerahan Bantuan Raja Perfume Malaysia yang turut dihadiri oleh pemiliknya Wan Mohd. Raimiey Syazerin di Kampung Lepar Limbat, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, mereka yang telah biasa dengan politik pasti akan memilih perjuangan dalam arena itu dan pasti tidak akan merasa puas sekadar bergiat dalam badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita puji pendekatan dan usaha beliau (Annuar) menubuhkan NGO sendiri tetapi kebiasaanya, rakan-rakan yang telah lama terlibat dalam politik pasti tidak akan dapat lari dari dunia itu kerana telah faham hiruk-pikuk serta cabarannya,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sumber Pas mengesahkan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu memilih parti tersebut sebagai wadah perjuangan baharu dalam arena politik negara.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan perbincangan dan melantik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Katnya, gabungan tersebut juga telah melantik mas’ul atau koordinator bertanggungjawab di kesemua enam negeri yang bakal mengadakan PRN.

“Kita juga telah mengagihkan jentera petugas daripada negeri-negeri pembantu dan semua jentera pilihan raya telah bersedia. Kini kita hanya menunggu masa untuk PRN.

“Agihan kerusi juga sudah berjalan di semua enam negeri terlibat cuma belum dimuktamadkan. Hampir semua negeri telah berbincang di peringkat jawatankuasa perundingan cuma belum diangkat ke jawatankuasa induk untuk pengesahan,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin perbincangan akan berjalan lancar dan selesai dalam satu atau dua rundingan sahaja tanpa ada masalah berbangkit berdasarkan pengalaman bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya