Nik Nazmi `diset’ kata Kedah banyak hilang tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

Nik Nazmi `diset’ kata Kedah banyak hilang tanah rizab Melayu

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Soalan mengenai tanah rizab Melayu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat dan dijawab Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad minggu lalu  didakwa sengaja ‘dibina’ bagi memberi gambaran kononnya Kedah adalah negeri paling banyak kehilangan tanah rizab Melayu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Kedah hakikatnya adalah antara tiga negeri yang memiliki tanah rizab Melayu terbesar selain Kelantan dan Terengganu.

Namun, menurut beliau,   naratif yang dibina di Parlimen seolah-olah Kedah telah kehilangan tanah rizab Melayu hingga tiada baki lagi.

“Sultan Kedah pun ada bertanya Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norizan Khazali dan beliau menjawab angka didedahkan itu tak betul. Maka esok (hari ini) saya arahkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk adakan mesyuarat untuk pastikan berapa keluasan tanah rizab Melayu di Kedah.

“Saya minta pengarah buat mesyuarat esok, keluarkan angka tepat dan tunjukkan peratusan tanah rizab Melayu di Kedah berbanding keluasan negeri ini. Selain itu, tolak juga keluasan tanah hutan simpan yang seluas 341,000 hektar di kedah.

TANAH RIZAB

“Besarnya kita simpan hutan tetapi itu bukan tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu ini yang kita bagi geran,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah, Simpang Empat di sini, malam tadi.  

Dalam sidang Parlimen pada 29 Mac lalu, Nik Nazmi memaklumkan keluasan kawasan pewartaan tanah rizab Melayu di Kedah menurun daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 pada tahun lalu.

Selain Kedah, dua lagi negeri yang turut mencatatkan penurunan jumlah keluasan tanah rizab Melayu adalah Perak dan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, dasar tanah rizab Melayu di Kedah sangat  ketat di mana setiap yang diambil, perlu diganti dengan keluasan lima peratus lebih besar oleh pihak terlibat.

“Dari segi nilai pula kalau pihak terlibat cabut keluar status tanah rizab Melayu di Sungai Petani untuk perindustrian contohnya dan ganti di Kubang Pasu yang mana nilai tanahnya mungkin murah sedikit, maka mereka perlu tambah duit untuk dipegang kerajaan negeri bagi memastikan nilainya sama.

“Begitu ketatnya dasar itu di Kedah, ‘depa’ kata Kedah tak ada tanah rizab Melayu. Nik Nazmi ini orang muda dan cerdik tetapi oleh kerana kepentingan politik, maka ‘disetkan’ soalan itu ditanya dan ‘disetkan’ jawapan supaya nak tunjukkan Kedah telah mengenepikan kepentingan tanah rizab Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.