Lelaki maut terkena tembakan ketika memburu, rakan ditangkap polis - Utusan Malaysia

Lelaki maut terkena tembakan ketika memburu, rakan ditangkap polis

MASLAN UDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian seorang lelaki berusia 61 tahun yang meninggal dunia terkena tembakan ketika memburu dalam kejadian di kawasan hutan berhampiran Muka Sauk, Kuala Klawang, di sini pada 24 April lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, suspek berusia 52 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Titi lebih kurang pukul 8.30 malam pada 24 April lalu dan memaklumkan dirinya telah tertembak rakannya sendiri semasa memburu di kawasan hutan berkenaan.

Jelas beliau, siasatan polis mendapati suspek bersama mangsa telah masuk ke kawasan hutan tersebut dengan membawa senjata api buatan sendiri bagi memburu.

“Semasa sedang memburu, suspek telah melepaskan tembakan kepada mangsa yang disangkanya seekor kijang. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maslan berkata, susulan itu, suspek telah ditangkap dan pihak polis turut merampas selaras senjata api disyaki buatan sendiri serta beberapa butir peluru hidup dan kelongsong peluru.

“Suspek kini dalam tempoh tahanan reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya